Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk
satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing.
Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai
persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan
ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di
mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan
cinta terhadap negara.
2.Memelihara Satu
Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan
kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak
melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan
ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan
perkauman atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan
negara hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau
sesuatu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3.Mencipta Sebuah
Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika
kekayaan negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini
pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama
untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil
yang kita cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang
lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4.Membentuk Satu Sikap Yang Liberal
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam
serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita
sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara
diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.Walaupun ada perbezaan, semua anggota
masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana
keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber
kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
5. Membina Sebuah
Masyarakat Progresif.
No comments:
Post a Comment